doa dituntut oleh islam....doa seoramg ibu untk anak-anaknya murah rezeki,panjang umur,terhindar bencana.................
Wednesday, March 30, 2011
Wanita Sebagai Ahli Neraka
26 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Rambut digantung dan otak mendidih
Saidina Ali Karramallahahu wajhah berkata, ‘saya dengan Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata kepadanya, ‘Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?’, Baginda menjawab, ‘Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka,
Ali bertanya, ‘Apakah yang ayahanda lihat di sana?’ Rasulullah SAW bersabda, ‘aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan tangannya dikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah ke dalam tekaknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat, tangannya terikat keubun-ubunnya, dan aku lihat perempuan memakan tali perutnya sendiri.’
‘Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar daripada lubang, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta’
‘Aku melihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraannya yang dihadapi. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,kala dan ular masuk ke kemaluannya atau mulutnya atau kelepasannya. Malaikat memukulnya dengan curung api neraka.’
Sebab-sebab wanita masuk neraka
Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya, ‘ Ayahanda yang dikasihi, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?’
Rasulullah menjawab, ‘Fatimah, adapun perempuan-perenpuan yang digantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada yang bukan muhrimnya. Perempuan yang tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.’
‘Perempuan yang digantung tubuh mereka ialah yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat keizinan suaminya. Perempuan yang kedua kakinya tergantung ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa keizinan suaminya dan perempuan yang tidak mahu bersuci daripada haid dan nipas. Perempuan yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana mereka berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang’.
‘Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, ialah kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah’
‘Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka buat fitnah dan membenci suaminya.’
‘Perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke belakang tengkuknya.’
Sementara itu Saidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan, ‘Aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat para malaikat dan laknat oleh manusia.’
Tidak bersyukur kepada suami
Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‘Seseorang perempuan itu, apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktu, dan berpuasa dalam bulan Ramadhan, dan memelihara kehormatannya dan taat setia kepada suaminya, masuklah ia ke dalam syurga dari mana jua pintu syurga yang ia kehendaki.’
Sabda Rasulullah SAW lagi:
‘Selain dari itu, ahli neraka diperintah masuk kedalam neraka, dan aku telah berdiri menghadap Rasulullah SAW seraya bertanya: ‘Ya Rasulullah, kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya ialah perempuan. ‘Rasulullah SAW menjawab: ‘Kebanyakan penghuni neraka itu adalah perempuan kerana perempuan gemar sekali mengkufurkan suaminya.
Seberapa banyakpun nikmat yang telah diperolehinya, dia masih belum rasa puas hati dan cukup sehingga terus merayu suaminya untuk mendapatkan harta yang banyak.’
p/s: Ambillah manfaat, dengar, taat dari apa yang kita bacakan.
Sunday, March 6, 2011
Password Doa
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , nak tahu la tentang adab - adab berdoa ni . Takut - takut saya buat tak betul je . Minta penjelasan .
Baiklah , kita muhasabah diri kita .
Kita nak Allah makbulkan doa kita tapi kaedah tak betul . Sebelah tangan boleh pula main black beri . sebelah tangan dok tadah tangan . Mana mauuu !
so , sedikit la kaedah yang saya akan beri . Kita koreksi diri kita .
Adab berdoa yang pertama ialah ;
1 . Rendahkan diri serendah - rendahnya menghadap Allah .
Maksud saya disini ialah , kita hinakan diri kepada Allah .
Bukan maksud saya , kalau rumah kita rumah flag di tingkat 5 kita kena turun tingkat 1 . Tak payah nak jadi pak Pander .
Jangan sebut gelaran kita kepada Allah . Itu maksud saya . Understand ?
" Ya Allah , aku ini Tan Sri ... memohon kepadamu untuk lembutkan hati si polan bin polan "
jangan woo . tak beradab !
" Ya Allah , aku ni pemimpin .." yang ni boleh dimaafkan lagi .
Maknanya , kita tak boleh angkat diri kita tapi kita kena tinggikan Allah .
2 . Tinggikan Allah setinggi - tingginya .
Perbanyakkan nama Allah dalam doa kita .
" ya Allah , yang Maha Pemurah , yang Maha Penyayang , ... "
3 . Jangan bersajak dengan Allah .
Ni lagi satu kes . Takda kerja .
" Wahai Allah , disebalik kesulitan yang mencucuk - cucuk bumi , Kau tetapkanlah imanku disaat musibat musibat yang berleluasa di alam buana yang bersifat tidak daim ini ..."
Boleh faham tak ? bahasa sastera baii .
4 . Angkat tangan nampak ketiak - Sunnah nabi Muhammad S.A.W
5 . Tawassul yakni ( bersandar ) .
Tawassul ni pula ada beberapa jenis tawassul . Antaranya ;
* Tawassul dengan masa .
Contohnya ; hari Jumaat dan hari hujan
* Tawassul dengan tempat .
Contohnya ; raudhah dan Multazam
* Tawassul dengan kebaikan ( wara' )
" Pak Imam , tolong doakan anak saya berjaya dalam STPM "
nak lebih faham , macam ni lah .
kisah yang Nabi cerita tu korang mesti tahu punya .
3 orang pemuda tu , yang terperangkap dalam gua .
Mereka bercerita kebaikan yang mereka yang paling ikhlas dalam doa . Akhirnya gua terbuka sedikit demi sedikit .
6 . Wasilah ( jalan mendekatkan diri dengan Allah )
Maknanya , kita sebelum doa tu kita buat perkara yang Allah suka .
Antara contoh amalan yang Allah suka ?
1 . Puasa sunat .
2 . Bersedekah .
3 . Solat sunat .
4 . Beri makan .
5 . Baca ayat tauhid al-quran ;
- " Qul huwallah hu Ahad "
- Ayat Kursi
- Asma wa sifat .
dan lain - lain .
Baca yaasin tu salah satu daripada wasilah . Tapi kalau dia buat malam jumaat ?
tu dipanggil tawassul . Bertawassul dengan masa .
Ustaz Muhammad Syed Norhisyam Tuan Padang al-Idrus pun ada beritahu password doa antaranya ialah
Y2K
apa benda Y2K ni ?
Kita expand password doa ni . Iaitulah 2 Y dan 2 K
1 . Yakin bahawa Allah dengar doa kita
2 . Yakin bahawa Allah akan kabulkan doa kita
Allah kadang - kadang lambat kabulkan doa kita sebab Allah sayangkan kita . Allah rindu suara kita .
Allah jugak nak bagi benda yang lebih baik daripada apa yang kita minta .
Saya buat perbandingan .
Ahmad time balik kampung mintak mak dia goreng ayam yang ada kat belakang kampung . Emak dia kata okeh , tapi nanti dulu . Sebab apa mak dia kata nanti dulu ? sebab , ayam tu kecik lagi , bulu pun belum tumbuh . tapi Ahmad tak sabar - sabar nak ayam yang tak berbulu .
Boleh faham tak ? Emak dia lebih tahu daripada Ahmad . Kalau Ahmad tunggu ayam tu besar , kenyang Ahmad seharian makan ayam besar .
3 . Kushuk berdoa
Macam saya tulis tadi , janganlah nak main uno time tengah doa . Macam mana nak khusuk . Lepastu , bole pulak buat lawak . Kalau masuk Raja Lawak , ada harapan menang .haha
4 . Kudu' berdoa
Khudu ni apa pulak ?
Khudu ni keadaan yang tenang ketika kita baca doa . Tangan tu jangan la tutup mulut . Cuba kalau kita mintak cuti dari Boss tapi mulut tutup . Ingat dapat cuti ? cuti seumur hidup barangkali dapat .
Subscribe to:
Posts (Atom)