PEN PERAKAM KULIAH...?????

Sunday, August 14, 2011

Kesilapan Di bulan Ramadhan




:: Kesilapan Di Bulan Ramadhan ::
pahala, puasa, syurga

Objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya… Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi
witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya “

Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam”. (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan ‘tanpa Syaitan’ ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)



Comments (1)

:: Rasulullah S.A.W. Menyegerakan Berbuka ::
August 10, 2011 at 8:00 am · Filed under Ingatan and tagged: akhlak, doa, manusia, nasihat, puasa



Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.

Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim:

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ “
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.

Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.

Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h:

قال النبي صلى الله عليه وسلم : ” لا يزال الدين ظاهراً ما عجل الناس الفطر لأن اليهود والنصارى يؤخرون “
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata:

وقال عمرو بن ميمون الأودي رحمه الله : ” كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أسرع الناس إفطارا ًوأبطأهم سحوراً “
Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.

وعَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ :
دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ : رَجُلانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ، وَالآخَرُ يُؤَخِّرُ الإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلاةَ ..
قَالَتْ : أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ؟
قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ .
قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat…” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.


Comments (1)

:: Istimewa Ramadhan ::
August 9, 2011 at 8:28 am · Filed under Ingatan and tagged: akhlak, doa, manusia, nasihat, puasa, syurga

“Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka”.

1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah s.a.w. akan menghiaskan syurga-Nya dan berkata ” Telah hampir masanya hamba-hamba- Ku yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.”
4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanyakan kepada Rasulullah ‘ Adakah ia Lailatul-Qadr? ‘. Baginda menjawab ‘ Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya.’

Huraian Ringkas.

Keistimewaan keempat ialah penangkapan syaitan-syaitan yang sangat jahat yang kerananya kekuatan dorongan maksiat akan berkurangan. Disebabkan mencurah-curahnya rahmat dan banyaknya ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, sepatutnya syaitan akan berusaha sedaya upaya dan sekeras mungkin untuk menyesatkan sehingga maksiat juga akan bertambah pada bulan ini tanpa had lagi. Namun demikian di sebalik itu semua apa yang dapat kita saksikan dan dapat dipastikan secara keseluruhannya ialah perlakuan dosa akan sangat berkurangan. Berapa ramai kaki arak yang tidak lagi minum arak semata-mata bulan Ramadhan dan demikian juga dosa-dosa lain. Perlakuannya secara terbuka akan berkurangan. Walaupun demikian, perlakuan-perlakuan dosa masih wujud. Maka tidak peliklah kalau dosa-dosa itu dilakukan kesan dari syaitan-syaitan biasa.

Kesan itu juga adalah hasil daripada sifat yang ada pada nafsu ‘ amarah bi suk ‘ yang jahat. Ianya masih tidak dapat dikawal oleh seseorang insan yang terlalu sebati hidupnya bersama nafsu itu. Sabda Rasululullah s.a.w.; ( Terjemahan )

‘ Apabila seseorang itu melakukan satu-satu dosa maka setitik hitam akan melekat dihatinya. Jika dia benar-benar bertaubat maka titik itu akan hilang. Jika tidak, ia akan terus kekal. Apabila dia melakukan dosa untuk kali yang kedua maka titik kedua akan melekat dan seterusnya sehingga seluruh hatinya akan menjadi hitam. Kemudian perbuatan yang baik tidak lagi akan masuk ke dalam hatinya.’

Allah s.w.t. telah berfirman : ( Terjemahan )


“Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran” ( Al-Mutaffifin : 14 )

Maka bulan Ramadhan ini sepatutnyalah kita semua mempertingkatkan keimanan kita dan banyak-banyak bertaubat semoga Allah s.w.t. akan menerima amal ibadat kita dan dimasukkan kita ke dalam syurga yang mana seperti hadis ini, iaitu syurga-syurga yang dihiaskan oleh-Nya. Ini adalah kerana Allah s.w.t. menerima kita sebagai hamba-hamba- Nya yang mukhlis.



Comments

:: Fadhilat Ramadhan - 2 ::
August 4, 2011 at 8:53 am · Filed under Ingatan and tagged: akhlak, doa, manusia, nasihat, puasa

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka”.

1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah s.a.w. akan menghiaskan syurga-Nya dan berkata ” Telah hampir masanya hamba-hamba- Ku yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.”
4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanyakan kepada Rasulullah ‘ Adakah ia Lailatul-Qadr? ‘. Baginda menjawab ‘ Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya.’
Huraian Ringkas.

Keistimewaan keempat ialah penangkapan syaitan-syaitan yang sangat jahat yang kerananya kekuatan dorongan maksiat akan berkurangan. Disebabkan mencurah-curahnya rahmat dan banyaknya ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, sepatutnya syaitan akan berusaha sedaya upaya dan sekeras mungkin untuk menyesatkan sehingga maksiat juga akan bertambah pada bulan ini tanpa had lagi. Namun demikian di sebalik itu semua apa yang dapat kita saksikan dan dapat dipastikan secara keseluruhannya ialah perlakuan dosa akan sangat berkurangan. Berapa ramai kaki arak yang tidak lagi minum arak semata-mata bulan Ramadhan dan demikian juga dosa-dosa lain. Perlakuannya secara terbuka akan berkurangan. Walaupun demikian, perlakuan-perlakuan dosa masih wujud. Maka tidak peliklah kalau dosa-dosa itu dilakukan kesan dari syaitan-syaitan biasa.

Kesan itu juga adalah hasil daripada sifat yang ada pada nafsu ‘ amarah bi suk ‘ yang jahat. Ianya masih tidak dapat dikawal oleh seseorang insan yang terlalu sebati hidupnya bersama nafsu itu. Sabda Rasululullah s.a.w.; ( Terjemahan )


‘ Apabila seseorang itu melakukan satu-satu dosa maka setitik hitam akan melekat dihatinya. Jika dia benar-benar bertaubat maka titik itu akan hilang. Jika tidak, ia akan terus kekal. Apabila dia melakukan dosa untuk kali yang kedua maka titik kedua akan melekat dan seterusnya sehingga seluruh hatinya akan menjadi hitam. Kemudian perbuatan yang baik tidak lagi akan masuk ke dalam hatinya.’

Allah s.w.t. telah berfirman : ( Terjemahan )
“Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran” ( Al-Mutaffifin : 14 )

Maka bulan Ramadhan ini sepatutnyalah kita semua mempertingkatkan keimanan kita dan banyak-banyak bertaubat semoga Allah s.w.t. akan menerima amal ibadat kita dan dimasukkan kita ke dalam syurga yang mana seperti hadis ini, iaitu syurga-syurga yang dihiaskan oleh-Nya. Ini adalah kerana Allah s.w.t. menerima kita sebagai hamba-hamba- Nya yang mukhlis.
Comments

:: Fadilat Ramadhan - 1 ::
August 3, 2011 at 8:06 am · Filed under Ingatan and tagged: akhlak, doa, manusia, nasikhat, puasa

Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya’aban: ( Terjemahan )

‘Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah s.w.t. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjara puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata : ‘Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka’. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Allah s.w.t. memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka’.

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya ( pekerja-pekerjanya ) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamnu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t. dan kamu memohon istighfar daripada-Nya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah s.w.t. akan memberinya minum dari telagaku ( pada hari kiamat ), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dlam syurga ‘.

Huraian ringkas :

Terdapat banyak perkara yang jika dihuraikan di sini, maka ia akan menjadi amat panjang sekali. Tetapi apa yang saya ingin huraikan satu perkara yang penting iaitu tentang ‘ sikap pengorbanan ‘ yang mesti ada dalam diri kita untuk membantu orang-orang Islam yang lain yang memerlukan pertolongan kita. Pertolongan dan pengorbanan ini mestilah kita berikan kepada masyarakat kita terutamanya yang menghadapi kesengsaraan hidup, sama ada si miskin, si fakir, anak yatim, balu-balu dan semua golongan yang tertindas. Mari kita mengambil ikhtibar dari kisah sahabat sebagai renungan dan panduan kita.

Abu Jahm r.a. berkata: ‘ Semasa peperangan Yarmuk, saya telah keluar untuk mencari saudara sepupu saya. Saya telah membawa bersama sebekas air kerana memikirkan kalau dia masih hidup, saya akan memberikannya air dan akan membasuh tangan dan mulutnya. Secara kebetulan saya telah menemuinya dalam keadaan terlantar. Saya telah bertanya jika beliau memerlukan air dan beliau telah memintanya dengan isyarat. Dalam pada itu seorang yang tercedera di sebelahnya telah mengerang kesakitan. Sepupu saya telah mengisyaratkan supaya saya pergi kepadanya sebelum beliau sendiri sempat minum. Saya telah pergi ke sisinya dan bertanya kepada beliau. Dalam pada waktu itu pula seorang yang berada di sebelahnya telah memberi isyarat. Sahabat yang kedua itu pun telah mengisyaratkan supaya saya pergi kepada sahabat yang ketiga sebelum beliau sendiri sempat minum air. Semasa saya tiba di sisinya, rohnya telah melayang. Saya kembali kepda sahabat yang kedua, beliau juga telah meninggal, lalu saya kembali kepada saudara sepupu saya dan mendapati beliau juga telah meninggal dunia’.

Comments

:: Kisah Asal Usul Bekas Tapak Kaki Nabi Ibrahim A.S. (Maqam) ::
July 14, 2011 at 9:04 am · Filed under Ingatan and tagged: akhlak, doa, manusia, nasihat, solat



Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah s.w.t. menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.


Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah s.w.t. meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda. Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah s.w.t. yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui.” (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah s.w.t. Allah s.w.t.


Apabila agama Islam datang, Allah s.w.t. mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang.” (surah al-Baqarah ayat 125).


Sebaik sahaja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran. Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belahbekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.


Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh.” (surah al-Haj ayat 27).

Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah s.w.t., “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana.” Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah s.w.t. menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.


Bacaan talbiah antara lainnya, “Labbaikallahhummalabbaik” yang bermakna, “Aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.” Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji.

Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia sahaja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat. Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja yang dimurkai oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t. sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh

Comments

:: Siapa Lelaki Kacak Itu? ::
July 11, 2011 at 10:05 am · Filed under Ingatan and tagged: akhlak, doa, nasihat, syurga

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.