Mungkin ada antara kita yang menganggap doa itu remeh,padahal doa memiliki potensi yang besar bagi mengubah segala-galanya.Ia mampu mengubah sesuatu yang tidak mungkin,menjadi mungkin.Boerdoa kepada Allah bererti miminta sesuatu daripanya kerana Allah yang memiliki segala-galanya.Apibila Allah berkenan mengabulkan sesuatu doa,segalanya menjadi mudah seperti membalikkan tapak tangan.Alla maha berkuasa mengabulkan doa sesiapa sahaja yang memohon daripdanya,di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Oleh sebab itu percayalah,doa itu pasti memberikan manfaat bagi sesiapa sahaja.Orang yang berdoa tidak pernah rugi.Malah doa itu dapat mewujudkan sesuatu yang luar biasa.
Apakah rsia doa? Kita dapat memahaminya apabila kita mengatahui terlebih dahulu apakah mqanfaat doa.Antara manfaat doa adalah seperti beriku:
1.Doa itu ibadah ia adalah perintah Allah.
2.Doa adalah intipati ibadah.Ibadah yang tidak diiringi doa umpama buah tanpa isi.
3.Doa itu mulia di sisi Allah kerana ia menunjukkan sifat hamba dalam diri manusia.
4.Doa dapat mengubah takdir yang buruk menjadi baik apabila Allah berkenan mengubahnya.
5.Doa adalah senjata yang ampuh ataupun mujarap bagi orang yang beriman.
Lima keistimewaan doa di atas dapat mewujudkan kedahsyatan ataupun keajaiban doa.Apalagi apabila doa itu cepat terkabul.Doa seperti itu terus menerus menembusi langit dan sampai ke Arasy.Maksudnya,Allah dengan segera mengabulkannya.Dalam Quran ,kita dapat melihat keajaiban doa seperti itu iaitu doa para nabi dan orang yang soleh,doa orang tua untuk anaknya dan doa oarang yang teraniaya.
No comments:
Post a Comment