Berdoa adalah watak pembawaan manusia, yang dikembangkan oleh semua manusia, tidak memandang kelas, bahasa atau agama. Ramai orang yang mungkin telah kecewa bila doa mereka tidak mendapat hasil yang pasti. Kemudian mereka mula merungut, mengeluh dan sebagainya sebab doa tidak mendapat balasan yang memuaskan hati.
“Berdoa adalah perilaku dari jiwa yang paling luhur dan dalam, dan akan tetap demikian selama dikehendaki Allah”.
Sebenarnya, seseorang tu perlu mempunyai ilmu bagi menyampaikan hasrat kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Doa dapat memberi kekuatan, keberkatan dan keyakinan untuk mencapai apa yang kita hajati. Doa juga dapat menghindari diri daripada sesuatu bala bencana dengan izin Allah SWT. Namun begitu, untuk mendapat doa yang dimakbulkan oleh Tuhan, ada adab-adab yang perlu diikuti dan etika-etika yang tertentu dalam berdoa.
Antara adab dan etika dalam berdoa:
1. Menjaga sumber rezeki seperti makanan, minuman, pakaian dan segalanya adalah halal
2. Sentiasa dalam keadaan suci seperti berwuduk
3. Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah SWT dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW
4. Halakan wajah ke arah kiblat dan mengangkat kedua tangan untuk memohon doa
5. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh serta penuh keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT dan memohon keampunan daripada-Nya
6. Bersikap rendah hati, tulus ikhlas, rendahkan suara, khusyuk serta penuhi rasa takut, cinta dan rindu kepada Allah SWT
7. Elakkan memohon doa perkara yang tidak munasabah atau tidak masuk akal. Antara pilihan doa yang baik untuk diamalkan sebagaimana Nabi Muhammad SAW membaca “Ya Allah! Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka“
8. Bacalah doa dalam keadaan tenang dan nada yang rendah. Selalu ulangi doa tersebut.
9. Pada waktu dan tempat yang mudah dimakbulkan seperti:
* Satu pertiga malam
* Malam lailatulqadar (sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan)
* Hari Arafah (9 Zulhijjah)
* Bulan Ramadhan
* Antara azan dan iqamat.
Ketika berhadapan dengan musuh dalam peperangan
* Sewaktu sujud dalam sembahyang
* Setiap waktu selepas selesai sembahyang fardhu
* Ketika bermusafir
* Sewaktu hujan turun
* Ketika minum air zamzam (mengikut niat untuk meminumnya seperti untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan)
* Ketika membaca al-Quran
* Di tempat-tempat yang mulia seperti Masjidilharam, Masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa
10. Ketika berdoa untuk diri sendiri, jangan lupa untuk berdoa untuk orang lain termasuk ibu bapa, keluarga, saudara seIslam, pemimpin dan bagi yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia
11. Meminta orang alim atau mulia kedudukan dalam agama untuk kesejahteraan anda
12. Jika anda mahu berdoa untuk orang bukan Islam, pohonlah agar diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. Ia lebih baik daripada memohon keburukan berlaku ke atas mereka. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui
13. Doa orang yang dizalimi dan dianiaya
14. Banyakkan doa tatkala susah mahupun senang
15. Mengakhiri doa dengan mengaminkannya
Janganlah selalu mengeluh, merungut dan sebagainya bila doa yang dipohon tidak mendatangkan hasil. Segala doa semuanya akan berhasil dengan syarat anda tidak melakukan perkara-perkara yang menjadikan doa itu tidak dimakbulkan. Perkara-perkara inilah yang selalu menjadi punca doa tidak termakbul.
1. Makan benda haram
2. Tidak yakin doa dimakbulkan
3. Mengakui keesaan Tuhan tetapi tidak menyempurnakan hak-hak sebagai hamba-Nya
4. Baca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya
5. Mengakui cintakan Nabi Muhammad SAW tetapi tidak mengikut sunnahnya
6. Mahukan syurga tetapi melakukan perbuatan yang ingkar
7. Takutkan neraka tetapi berterusan menjunamkan diri ke dalamnya
8. Akui datangnya maut tetapi tidak pernah membuat persiapan untuk mati
9. Asyik menyalahkan orang lain tetapi gagal melihat kelemahan sendiri
10. Sentiasa menerima nikmat Allah SWT tetapi tidak mensyukurinya
Sempena hari Jumaat yang mulia ni, dan juga di bulan Ramadhan yang teramat mulia ni, jom la kita sama-sama panjatkan doa memohon apa yang terbaik untuk diri kita dan juga untuk insan-insan lain di atas muka bumi ini
Artikel asal - http://anarm.net/blog/beradab-dalam-berdoa.html#ixzz18Mlw2ttW
Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives
No comments:
Post a Comment