PEN PERAKAM KULIAH...?????

Sunday, January 9, 2011

Cara membaca al-Fatihah dalam solat

Assalamualaikum,
Bagi saudara yg sering bersolat secara berjema'ah, kita akan ketemui beberapa imam solat yg membaca Surah al-Fatihah dalam satu nafas atau menyambung ayat-ayatnya, maka dibaca secara bersambung. Ini sering berlaku dalam bulan Ramadhan ketika bersolat Terawih. Disebebkan banyak rakaat yg perlu disolatkan dan panjang masanya pula, maka imam seringkali mempercepatkan bacaan Surah al-Fatihah. Soalnya: Bolehkah atau tidak. Wajarkah kita jadikan kelaziman dalam solat membaca Surah al-Fatihah dengan menyambung ayat-ayatnya?
Cuba kita lihat hadith berikut sebagai panduan kita:
Diriwayatkan hadith daripada al-’Ala bin Abdul Rahman sesungguhnya mendengar Aba Saib (r.a), bekas hamba Hisham bin Zohrah (r.a), berkata: ‘Aku mendengar Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w), sabdanya: ‘Barangsiapa bersolat tidak dia membaca dalam solatnya dengan Ummul Quran (yakni, al-Fatihah), maka solatnya kurang, solatnya kurang, solatnya kurang [yakni, diulangi Rasulallah (s.a.w) kalimah tersebut tiga kali], tidak sempurna.’ Maka berkata aku (yakni, al’Ala (r.a)) kepada Abu Hurairah (r.a): ‘Sesungguhnya aku kadang-kadang ada aku dibelakang imam bersolat.’ Maka ditarik lenganku oleh Abu Hurairah (kata al’Ala) dan berkata dia (Abu Hurairah): ‘Bacalah dengannya (yakni, al-Fatihah) wahai orang Farsi pada dirimu (yakni, perlahan sendirian tanpa didengar oleh orang lain). ‘Sesungguhnya (kata Abu Hurairah (r.a) lagi) aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Membahagi Aku (Allah) [al-Fatihah dalam] solat itu satu bahagian untukKu dan satu bahagian lagi untuk hambaKu apa-apa hambaKu minta (aku kabulkan)’. Bersabda Rasulallah (s.a.w) lagi: ‘Bacalah oleh kamu. Apabila dibaca oleh seseorang (hamba Allah (a.w)) ‘Alhamdu-lillahi-rabbil-‘alamiin’ [Maksud: Segala puji-pujian bagi Allah (a.w) Tuhan seluruh ‘alam], berfirman Allah (a.w) ‘Memuji hambaKu padaKu’; apabila hambaNya baca ‘Ar-Rahmanir-Rahim’ [Maksud: Tuhan yang maha pengasih lagi penyayang], berfirman Allah (a.w) ‘Memuji sekali lagi hambaKu padaKu’; apabila dibaca hambanya ‘Iiya kana’-budu wa-iya kanas-taa’in’ [Maksud: Kepada Engkau (Allah) aku menyembah dan kepada Engkau (Allah) aku meminta pertolongan], berfirman Allah (a.w) ‘Maka adapun ini ayat adalah antara Aku (Allah) dan hamba-hambaKu, dan apa-apa yang diminta oleh hambaKu’; apabila dibaca oleh hambaNya ‘Ikhdinas-syiratal-mustakim @ syiratal-lazina an’amta ‘alaihim ngairil magh-dhubi ‘alaihim walad dhollin’ [Maksud: Tunjukkanlah kepadaku jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau (Allah) kurniakan ni’matMu ke atas mereka, bukanlah (jalan-jalan) orang-orang yang Engkau (Allah) murkai akan mereka (seperti kaum Yahudi) dan (bukan) orang-orang yang sesat (seperti kaum Nesrani)’; maka demikian kalimah bagi hambaKu dan bagi hambaKu, Aku (Allah) perkenankan apa-apa yang dimintanya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
[Nota: Di dalam hadith ini, kaum Yahudi itu dimurkai oleh Allah (a.w) kerana, antara lain, mereka membunuh beberapa nabi yang diutus Allah (a.w) menyampaikan syariat ugama Allah (a.w) zaman-zaman rasul dan nabi mereka. Kaum Nesrani Allah (a.w) putuskan sebagai kaum yg ‘sesat’ kerana mereka mengatakan bahawa Tuhan itu tiga dan Tuhan itu mempunyai anak dan menyebutkan wujud hakikat ‘trinity of god – Mary, the Holy Gost (Spirit) and Jesus’. Sila ambil ingatan bahawa 'The Bible' yg menjadi kitab rujukan Kristian sekarang ini bukanlah Kitab Injil yg dibawakan oleh Isa (a.s) itu, kerana begitu banyak isi kandungannya telah diubah dan dipinda dan ditambah atau dibuang oleh ulama' Nesrani yg dahulu].
Apakah mesej dalam hadith di atas itu? Kita rumuskan seperti berikut:
1. Abu Hurairah (r.a) menasihatkan al-'Ala apabila menjadi makmum bacalah al-Fatihah supaya kedengaran pada diri sendiri tanpa menguatkan bacaan;
2. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa apabila dibaca al-Fatihah dalam solat itu, Allah (a.w) menjawab segala bacaan kita. Tiga ayat pertama adalah kata-kata pujian terhadap Allah (a.w) dan Allah (a.w) sangat menyukainya, manakala tiga ayat kemudiannya adalah permintaan kita kepada Allah (a.w), dan Allah (a.w) membritahu bahawa segala permintaan kita dikabulkan olehNya.
Sehubungan itulah, sebaik-baik perlakuan adalah membaca setiap ayat al-Fatihah itu dengan sempurna tanpa digabungkan dan tanpa dibaca tergesa-gesa. Ingatlah, solat adalah amalan yg utma bagi kita dan ibadah yg pertama serta terdahulu dihisab di akhirat kelak, maka wajar dikerjakan sesempurna yg boleh. Tambahan pula, berapa minitkah masa kita ambil untuk mengerjakan satu solat? Tak lebih dari 5 atau 6 minit sahaja. Mengapakah kita perlu terburu-buru? Walhal, kita menghabiskan masa dengan sia-sia setiap hari berganda-ganda banyak dan kekerapannya pula berbanding dengan masa yg kita tumpukan untuk bersolat?
Mudah-mudahan kita menghayati dengan sepenuhnya ibadah solat itu, tanpa meremehkan atau meringankannya, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment