Solat: Cara Rasulallah (s.a.w) bersolat (Samb.)
Assalamualaikum,
Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir
Kita telahpun teliti ketetapan as-Sunnah cara dan kaedah bersolat sehingga ke tahap Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Duduk untuk Tahiyat Awal. Duduk Tahiyal Akhir itu berbeza sedikit dari cara dan keadaan duduk untuk Tahiyat Awal sahaja. Ketika Tahiyat Awal kita tetap duduk 'iftirasy', i.e. kaki kiri dilipatkan, duduk di atas tumit kiri, kaki kanan ditegakkan di jari-jari kaki kanan, tangan kiri diluruskan memegang kepala lutut, dan tangan kanan di letakkan di atas hujung peha kanan sambil digenggam, kecuali ibujari dan jari hantu (i.e. jari tengah) didekatkan dibuat seumpama bulatan, dan jari telunjuk bebas untuk membuat isyarat sama ada diangkat menunjuk ke depan atau digerak-gerakkan ke atas ke bawah atau turun naik sehinggalah selesai membaca Tasbih Tahiyat. [Nota: Kedua-dua cara tentang jari telunjuk itu dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu sama ada ditegakkan seolah-olah menunjuk ke arah kiblat, ataupu digerak-gekakan jari telunjuk ke atas dan ke bawah sepanjang bacaan Tasbih Tahiyat itu].
Semasa duduk untuk Tahiyat Akhir pula, cara duduknya berlainan. Kaki kiri dilipat dan dimasukkan ke bawah betis/keting kaki kanan yg ditegakkan jari-jarinya. bahagian ponggong kiri diletakkan di atas tempat solat, manakala bahagian ponggong kanan diletakkan di atas betis kaki kiri. Tangan kiri memegang lutut kiri diluruskan, manakala tangan kanan sebagaimana dibuat semasa Tahiyat Awal, digenggam di letakkan di atas hujung peha kanan, ibu jari didekatkan dengan hujung jari tengah (i.e. jari hantu) seumpama dibuat bulatan, dan jari telunjuk ditegakkan seumpama menunjuk ke arah kiblat atau digerak-gerakkan ke atas ke bawah. [Nota: Apa pihak yg menyatakan bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk itu adalah ikutan faham mazhab selain as-Syafie. Ini adalah silap. Keranan di dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) juga membuat sedemikian. Rujuk hadith yg telah kita temui dalam post sebelum ini.]
Kalimah atau Tasbih Tahiyat Awal itu disebutkan dalam hadith berikut, iaitu selepas selesai dua rakaat, kita baca ketika duduk selepas Ruku' yg kedua:
1. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) katanya: ‘Telah mengajar akan kami oleh Rasulallah (s.a.w) apabila duduk kami kemudian daripada sempurna mengerjakan dua rakaat solat (yakni disuruhnya membaca Tahiyat yang diajarnya itu akan kami kemudian daripada telah sempurna dua rakaat didalam solat), bahawasanya kami berkata: 'At-tahiyatu lillahi wasolatu watoibatu. Assalamu-alaika aiyuhan nabiyu wa-rahmatullahi wabarakatuhu. Was-salamu ‘alaina wa’ala ‘ibadillahi-solihin. Asyhadu-an la ilaha-illah, wa-asyhaduanna Muhammadan ‘abduhu wa-rasuluhu'. [Hadith Bukhari & Muslim]
Demikianlah Tasbih Tahiyat Awal tersebut yg diriwayatkan oleh Ibnu Masud (r.a), yg disudahi dengan menyebut dua kaoimah syahadah.
2. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas (r.a) katanya, ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) mengajar ia akan kami akan tasyhad (yakni tahiyat), sebagaimana mengajar ia akan kami akan surah-surah al-Quran) yakni, dengan tajuidnya dan tartilnya dan waqafnya, yakni, diajarkan secara perlahan (i.e. berhati0-hati)).’ [Kata Ibn Abbas (r.a)] ‘Maka adalah berkata di dalam ajarannya begini: 'Attahiyatul mubarakatus-solawatat-toyibatu lillahi. Assalamu-alaika aiyuhan-nabiyu wa-rahmatullahi wa-barakatuhu. Assalamu ‘alaina wa-ala ‘ibadillahis-solihina. Asyhadu alla-ilaha-illallah, wa-asyahadu anna Muhmmadan ‘abduhu wa-rasuluhu.' [Hadith hasan, gharib dan sahih as Shafiie & Muslim]
Dalam hadith di atas pula, kalimah-kalimah atau Tasbih Tahiyat Awal yg sama dengan yg diriwayatkan oleh Ibnu Masud (r.a) itu diajrakan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada Ibnu Abbas (r.a). Mengikut sepotong hadith daripada Syaqiq, daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), bahawa Abdullah (r.a) mendengar Nabi (s.a.w) mengajarkan bahawa ketika duduk Tahiyat Awal menyuruh seorang lelaki (yang tersalah bacaannya) membaca dengan kalimat-kalimat tertentu. Begitu jugalah dua hadith lain daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) juga. Mengikut cara bacaan riwayat Abi Musa asy-Syaari (r.a) pula, kalimah-kalimah atau Tasbih tahiyat Awal yg diajarkan itu adalah: 'Attahiyatut-toyibatus-salawatu lillahi. As-salamualaika aiyuhan-nabiyu warahmatullahi wabarakatuhu. As-salamu alaina wa-‘ala ‘ibadillahis-solihiin. Asyahadu-alla-ilaha-illah, wa-asyhadu-anna Muhammadan ‘abduhu wa-rasuluhu.' [Hadith Ibnu Majah]
Sila ambil ingatan bahawa Tahiyat itu,i.e. Tahiyat Awal atau Tahiyat Akhir, tidak sempurna tanpa ada kalimah-kalimah berselawat atas Nabi (s.a.w). Di dalam hadith berikut dijelaskan bahawa sesiapa yang tidak berselawat dalam solatnya, maka solatnya batal (i.e. tidak sah):
1. Diriwayatkan hadith daripada Abdil Muhaimin bin Abbas bin Sahli bin Sa’dis-Saidi, hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya, hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwudu’ bagi solat itu, dan tidak ada wudu’ bagi orang yang tidak menyebut ‘Bismillah’ atas wudu’nya, dan tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi orang yang tidak berselawat atas nabi (s.a.w) ... ’ [Hadith ibnu Majah, Kita Toharah]
Yang penting kita ambil perhatian di dalam hadith di atas itu adalah beberapa ketetapan Rasulallah (s.aw), iaitu:
1. Solat hanya sah jika wudu' untuk solat tersebut sah;
2. Wudu' tidak sah sekiranya tidak dibaca 'Bismillah' ketika memulakan wudu' (Nota: Bukan membaca kalimah seumpama 'Nawaitu ...' yg sering menjadi amalan kita selama ini);
3. Tidak sah solat jika ketika membaca Tahiyat Awal atau Tahiyat Akhir, tidak berselawat atas Nabi (s.a.w) [Nota: Kalimah 'selawat atas Nabi (s.a.w)' itu kita akan teliti sebentar lagi].
Di dalam blog ini kita telah teliti dengan panjang lebar bagaimana berwudu' mengikut ketetapan as-Sunnah. Wudu' yg tidak menepati ketetapan as-Sunnah tidak sah. Antara perkara yg wajib kita perhatikan ketika berwudu' adalah:
1. Jangan zahirkan atau lafazkan 'niat' (i.e. baca kalimah-kalimah seumpama 'Nawaitu wudu' ...' dan sebagainya);
2. Mulakan dengan 'niat' di dalam hati dan kemudian lafazkan kalimah 'Bismillah' (Nota: Bukan 'Basmalah');
3. Menyapu seluruh bahagian kepala (i.e. rambut) dari bahagian sebelah atas dahi sehingga ke pangkal tengkuk (i.e. bukan sebahagian rambut atau kepala sahaja).
Jika ketiga-tiga perkara yg disebutkan di atas itu tidak dilakukan, maka wudu' tidak sah.
2. Diriwayatkan hadith oleh Abi Mas’ud (r.a) berkata bahawa Nabi (s.a.w) memberitahu dia tentang ‘Selawat’ itu (adalah) membaca: 'Allahumma-salli ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama sollai-taala ‘ala ali Ibrahim, wa barik ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama baraktaala ‘ala ali Ibrahim, fil ‘alamina innaka hamidum-majid.’ [Hadith riwayat an-Nasa’i]
Justeru itu, setelah membaca Tasbih Tahiyat sebagaimana yg disebutkan di dalam, tiga hadith sebelum ini, maka disambunglah dengan membaca kalimah-kalimah 'Selawat' ini.
Terdapat beberapa versi ‘Selawat’ ini dalam hadith. Tetapi pada asasnya tidak banyak perbezaannya. Apa yang jelas, Nabi (s.a.w) pernah membaca beberapa versi. Di dalam hadith berikut dijelaskan sendiri oleh Rasulallah (s.a.w) bagaimana berselawat itu:
3. Diriwayatkan hadith daripada Mas’ud al-Ansari (r.a) berkata: ‘Ketika kami dalam majlis Saad bin Ubadah (r.a), datang Nabi (s.a.w) lalu bertanya Basyir bin Saad kepada beliau dengan katanya: ‘Diperintah Allah (a.w) bahawasanya berselawat kami atas engkau, wahai Rasulallah (s.a.w)! Maka bagaimana kami berselawat atas engkau?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Katalah olehmu: 'Allahumma solli ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad. Kama sollaitaala ‘ala ali Ibrahima, wa-barik ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammadin, kama barakta ‘ala ali Ibrahima, fil-‘alamina innaka hamidum-majid(-un).' [Maksud: (Kata Abu Mas’ud:) ‘Dan (cara memberi salam itu) sebagaimana sungguh-sungguh telah tahu kamu.’ [Hadith Muslim]
Demikianlah dua versi ‘Selawat atas Nabi (s.a.w)’ itu, iaitu satu berpandukan hadith Muslim dan satu lagi brpandukan hadith an-Nasa'i.
4. Diriwayatkan hadith daripada ibni Qasim berkata menceritakan kepadaku hadith oleh Malik, hadith daripada Nu’im bin Abdillah al-Jumraani (i.e. makna 'al-jumraani' adalah 'pengutip umbut') bahawa Muhammad bin Abdillah bin Zaid al-Ansari dan Abdullah bin Zaid yang bermimpi dengan panggilana untuk solat (Azan) mengkhabarkan kepadanya hadith dari abi Masud al-Ansari bahawa dia berkata: ‘Datang Rasulallah (s.a.w) di dalam majlis Sa’id bin ‘Ubadah, maka berkata kepadanya (i.e. bertanya) Basir bin Sa’din: ‘Memerintah atas kami Allah (a.w) Yang Maha Mulia dan Maha Agung supaya berselawat atas engkau wahai Rasulallah (s.a.w)! Maka bagaimana (hendak) berselawat atas engkau?’ Maka terdiam Rasulallah (s.a.w) sehingga mengharap kami (kata abi Mas'ud) bahawasanya tidak ditanya padanya soalannya (tersebut) (kata perawi). Berkata (abi Masud) bersabda Nabi (s.a.w): ‘Kamu ucapkanlah ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad; kama sollaita ‘ala ali Ibrahima; wa-barik ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahima; fil ‘alamina innaka hamidun majidun.’ Dan memberi salamlah kamu (sesudah itu) sebagaimana yang kamu sudahpun ketahui (maklum).][Hadith an-Nasai]
Kalimah 'Selawat' yg disebutkan dalam hadith ini sama dengan kalimah yg diceritakan dalam hadith sebelumnya, hanya diriwayatkan oleh an-Nasa'i. Malah situasi yg sama dengan situasi hadith sebelum ini.
Disebutkan dalam hadith tersebut suatu peristiwa tentang Abdullah b Zaid, seorang daripada dua orang yg bermimpi mendengar seorang malaikt mengajar kalimah 'azan' kepdanya dalam mimpin, yakni kalimah azan yg kita dengar sekarang ini. Di dalam suatu perjalan musafir, oleh kerana sudah ramai orang iman maka para sahabat yg bermusafir itu sedang memikirkan bagaimankah hendak memanggil jema'ah untuk bersolat. Ada yg menyebut tentang menggunakan beduk aada yg mengatakan digunakan terumpet, tetapi kedua-duanya adalah amalan kaum Yahudi atau Nesrani. Maka malam itu Abdullah b Zaid (r.a) mendapat ilham melalui mimpi supaya azan dan kalimahnya diajarkan oleh malaikat yg ditemui dalam mimpi tersebut. [Nota: Pada malam yg sama Omar ibni Khattab (r.a) juga mendapat mimpi yg sama, tetapi beliau tidak sempat memberitahu Rasulallah (s.a.w) kerana Rasulallah (s.a.w) telah diberitahu oleh Abdullah b Zaid (r.a), yg kebetulan ada bersama dalam rombongan musafir Rasulallah (s.a.w) itu].
5. Diriwayatkan hadith daripada Ubaidillah bin Qibtiah berkata: ‘Aku mendengar Jabir bin Samurah berkata: ‘Adapun kami ketika bersolat di belakang Nabi (s.a.w), berkata (membaca setelah selesai solat) kami ‘Assalamualaikum, assalamualaikum’, dan mengisyarat (seorang bernama) Mis’ar dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Maka bersabda (Nabi (s.a.w)): ‘Apa kelakuan ini iaitu orang yang melemparkan dengan kedua tangannya seumpama ekor kuda yang sedang berlari! Apakah tidak mencukupi bahawa kamu meletakkan kedua tanganmu atas peha kamu kemudian (mengucapkan) ‘Salam’ atas saudaranya dari sebelah kanan (Malaikat di kanan) dan dari sebelah kiri (malaikat di kiri)?’ [Hadith an-Nasa’i]
Di dalam hadith ini kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bagaimana memberi 'Salam' - ke kanan dan ke kiri sambil membaca kalimah-kalimah atau Tasbih Salam itu. Seorang mamkum dilihat oleh Rasulallah (s.a.w)mengisyarat dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Yg disuruh buat hanyalah memalingkan muka kita ke kanan dengan menyebut 'Assalamualaikum ...' dan ke kiri sambil menyebut 'Assalamualaikum ...' itu. kalimah-kalimah atau Tasbih Salam itu disebutkan dalam hadith berikut:
6. Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Yahya bin Habban hadith daripada pakciknya Wasi’ bin Habban, berkata (pakciknya): ‘Berkata aku kepada ibnu Omar (r.a): ‘Khabarkanlah kepadaku daripada selawat Rasulallah (s.a.w), bagaimanakah adanya?’ Berkata (pakciknya): ‘Maka menceritakan tentang Takbir (yakni dari mulanya solat) kemudian mengucapkan ‘Assalamu alaikum wa rahmatullah' dari sebelah kanan dan ‘Assalamu alaikum wa rahmatullah’ dari sebelah kiri. [Hadith an-Nasa’i]
Di dalam hadith lain disebutkan bahawa apabila menoleh ke kanan dan ke kiri hendaklah sampaika kelihatan oleh makmum di belakang pupi kita yg akan dan yg kiri.
Alhamdulillah, demikianlah penamat perlakuan bersolat itu. Dengan post ini kita telah tahu, bersandarkan ketetapan as-Sunnah, bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat, i.e. menepati sabdanya: 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' (maksud: 'Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat'), [Hadith Bukhari] itu.
Insya Allah, kemudian ini nanti kita akan teliti apakah pula yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w) selepas selesai solat. Atau, apakah perlakuan-perlakuan lain yg disuruh Rasulallah (s.a.w) kita buat sebelum kita bersurai memulakan semula kehidupan dunia kita untuk mencari rezki (i.e. ma'isya) harian kita
No comments:
Post a Comment